DUBAI – Saudi Aramco telah mendapat ‘greenshoe option’ untuk menjual 450 juta saham tambahan bagi meningkatkan saiz Tawaran Awam Permulaan (IPO) kepada AS$29.4 bilion.

Aramco pada awal IPO meraih  sejumlah AS$ 25.6 bilion, rekod baharu dalam IPO pada Disember lalu apabila menjual 3 bilion saham pada harga 32 riyal (AS$ 8.53) sesaham.

Tetapi ia boleh menjual saham tambahan melalui peruntukan saham, menurut dara Refinitiv.

‘Greenshoe option atau lebihan peruntukan membenarkan syarikat-syarikat untuk menerbitkan lebih banyak saham dalam IPO apabila terdapat permintaan memberangsangkan daripada para peserta dalam tawaran awal.

Para pelabur telah memperuntukan saham tambahan semasa tempahan buku, kata Aramco.

“Tiada saham tambahan ditawarkan dalam pasaran hari ini dan pengurus penstabilan tidak akan memegang apa-apa saham dalam syarikat itu akibat pelaksanaan pilihan peruntukan,” kata Aramco.

Saham Aramco tidak menentu di tengah-tengah ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran, yang terletak di Teluk Arab Saudi.

Saham Aramco jatuh ke 34 riyal pada 8 Januari, terendah sejak dagangan bermula pada 11 Disember, tetapi ditutup pada 35 riyal pada hari Khamis.

Nilai harga penutup Aramco pada hari Khamis lalu adalah AS $ 1.87 trilion, melepasi harga IPO tetapi di bawah sasaran Putera Mohammed bin Salman yang mensasarkan IPO berjumlah AS $ 2 trilion. – MalaysiaGazette