Home Dunia Sepak isteri hingga mati

Sepak isteri hingga mati

Kevin Smithan dan isterinya. foto Agensi

BANGKOK – Seorang lelaki Britain ditahan selepas menyepak isterinya sehingga mati.

Kevin Smithan, 51, dikatakan telah memukul isterinya, selepas Kanda, 29, enggan mengadakan hubungan seks dengannya.

Smithan menuduh isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Jiran-jiran mendakwa pasangan itu bergaduh pada pukul 10 malam Ahad lalu dan pada pagi keesokan harinya, mayat wanita itu ditemui di luar rumah di Ubon Ratchanthani di daerah Det Udom.

Smitham mengaku melakukan serangan itu dengan menolak isterinya ke tanah, sebelum menjatuhkannya dua kali dan mencekik Kanda.

Beliau kemudiannya menyeret badan isterinya ke luar rumah dan menutupnya dengan selimut dan meninggalkan Kanda sehingga ia ditemui pada pagi Isnin.

Walaupun mengaku melakukan serangan itu, Smitham berkata, tidak bermaksud membunuh isterinya.

Pasangan itu mempunyai tiga anak.

Kanda Smithan mempunyai laman Facebook kecergasan yang popular dengan memiliki lebih daripada 28,000 pengikut. – MalaysiaGazette