TOKYO – Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe sedang memuktamadkan butiran terperinci bagi satu sidang kemuncak dengan Presiden Donald Trump pada 18 April untuk membincangkan strategi sebelum mengadakan mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin Korea Utara dan Amerika Syarikat, kata seorang sumber parti pemerintah kepada Reuters pada Rabu.

Abe juga dilihat akan meminta Trump mengecualikan Jepun daripada dikenakan tarif besi dan aluminium, kata pegawai yang telah diberi taklimat mengenai perkara tersebut.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identitinya.

Pertemuan di antara Abe dengan Trump dijangka diadakan di Mar-a-Largo milik pemimpin AS itu di Florida, kata sumber.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un bakal bertemu dengan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in pada April dan kemudiannya Trump pada Mei. – Agensi