Datuk Pandelela Rinong dan Datuk Abdul Latif Romly sebagai duta jenama 3.15 Hari Pelanggan.

KUALA LUMPUR – Platform e-dagang terkemuka, Shopee melancarkan jualan mega pertama tahun ini iaitu 3.15 Hari Pelanggan sehingga 15 Mac ini.

Jualan mega diadakan bagi membawa lebih nilai sehingga 95 peratus potongan harga pelbagai jenis produk kepada pelanggan yang kini menggunakan e-dagang untuk memenuhi keperluan mereka sepanjang tahun.

Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia, Kenneth Soh berkata, jualan mega itu juga akan meraikan pengguna dengan pembelian yang lebih murah dan menjimatkan.

“Di Shopee, kami sentiasa meletakkan para pengguna sebagai keutamaan dalam apa yang kami lakukan, jadi kami mencipta inisiatif dan kempen baharu secara konsisten seperti 3.15 Hari Pelanggan bagi memenuhi keperluan mereka dengan lebih baik,” katanya menerusi kenyataan.

Shoppe berkata, selain potongan harga 3.15 Hari Pelanggan menawarkan penghantaran percuma tanpa pembelanjaan minimum serta peluang untuk Putar & Menang Nissan Almera.

Sementara itu, Shopee mengangkat Datuk Pandelela Rinong dan Datuk Abdul Latif Romly sebagai duta jenama 3.15 Hari Pelanggan.

Kedua-dua atlet berkenaan dipilih kerana menjadi inspirasi dalam cara mencapai kejayaan hebat dengan mengutamakan kesejahteraan dan meraikan pencapaian.- MalaysiaGazette