PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rakyat boleh menyuarakan pendapat mereka tetapi pada akhirnya beliau akan menentukan sama ada seorang menteri itu patut digugurkan atau sebaliknya.

Itu pun, kata perdana menteri tertakluk kepada persetujuan lima parti komponen yang membentuk gabungan Pakatan Harapan (PH) yang berjaya membentuk kerajaan selepas menang dalam pilihan raya umum Mei tahun lalu.

“Semua orang boleh nyatakan pandangan mereka tapi saya akan tentukan sama ada ia dipersetujui oleh lima parti dari gabungan kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang cadangan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man supaya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjadi yang pertama disingkirkan dalam rombakan Kabinet kelak.

Dr Mahathir ditemui media selepas merasmikan Sidang Kemucak Kuala Lumpur di Putrajaya hari ini.

BACA: Pas jangka Guan Eng digugurkan

Semalam Dr Mahathir membayangkan akan berlaku rombakan Kabinet November tahun depan berikut kekalahan besar Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai 16 November lalu.

Menurut Perdana Menteri, beliau bertanggungjawab memenuhi desakan beberapa pihak supaya dilakukan rombakan Kabinet namun langkah tersebut perlu diperincikan kerana ia melibatkan pentabdiran negara.

“Saya akan beri pertimbangan desakan adakan rombakan Kabinet,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bagaimanapun, Dr. Mahathir berkata, perkara itu perlu dibawa ke pengetahuan parti-parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).

BACA: Rombakan Kabinet sebelum November tahun depan

— MalaysiaGazette

TERKINI : Segera Tukar Menteri Kewangan “Rombak Kabinet” – Tuan Ibrahim Tuan Man

1 Komen

  1. Segera bubar Parliament Ah Tok! Dulu kata pong pang pong pang nak selamatkan malaisia haru? Tak nak nangis lagi ke depan budak kecik dalam YouTube tuh? Hehe…

Comments are closed.