Siti Kassim

KUALA LUMPUR – Aktivis undang-undang Siti Kassim membidas Pemuda Armada PPBM kerana memulakan petisyen terhadap pengajuran pesta arak Oktoberfest.

Memuatnaik status di facebook, beliau yang merupakan peguam berkata, petisyen bantahan yang diketuai Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu bermotifkan kepentingan politik.

“Nampakkan apa saya maksudkan? Semua orang mahu jadi juara Islam. Semua orang mahu jadi juara Islam. Ini semua mengenai politik.

“Bila ahli politik akan mula berfikir sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Petisyen itu dilancarkan Pemuda PPBM Selangor pada 29 September.

Armada PPBM Selangor mendakwa sudah berjaya mengutip lebih 10,000 tandatangan membantah penganjuran pesta arak, Oktoberfest, di negeri berkenaan.

Petisyen dengan tajuk “Hapus Budaya Pesta Arak di Malaysia” itu kemudiannya diserahkan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pemuda PPBM juga memberi amaran kebebasan tanpa kawalan akan membuka ruang kepada parti homoseksual dan perkahwinan sama jantina pada masa depan.

Pemuda PPBM bagaimanapun menafikan mereka mahu mencampuri gaya hidup orang lain apabila membantah sambutan itu.

Perdebatan mengenai Oktoberfest tercetus apabila Pas menggesa Festival “Better Beer 2017” yang dijadual pada esok higga 7 Oktober ini dihentikan. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Astaghfirullahalazim… Tidak terdetikkah dihatinya memakai baju bertulisan begitu dengan “lagak” seolah2 pendukung Islam sebenar ? Aurat entah kemana, percakapan entah kemana… Semoga diberi hidayahNya… Seorang peguam hanyalah peguam…

Comments are closed.