Badrul Hisham Shaharin

KUALA LUMPUR – Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mencabar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR, Dr. Xavier Jayakumar supaya menyamannya jika tuduhan berhubung isu skandal rasuah pasir di Selangor tidak benar

Naib Presiden PKR, Xavier Jayakumar bercakap kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Menara Yayasan Selangor. foto IQBAL BASRI, 04 JANUARI 2018

Badrul Hisham membalas kenyataan Xavier sebelum ini yang mahu menyamannya jika terus mengaitkan beliau dalam isu pasir di Selangor.

“Xavier ugut saman. Saya cabar dengan tegas kalau ADUN Andalas (Xavier) anak jantan dan pendedahan saya palsu sila saman!” kata beliau dalam satu kenyataan.

Semalam, bekas ahli seumur hidup PKR itu semalam menyerahkan dokumen hampir 300 muka surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung sindiket yang terlibat dalam penyelewengan dan penipuan untuk mendapatkan tender projek perlombongan pasir di Selangor.

Xavier mengugut untuk menyaman Badrul Hihsham jika tidak menarik balik tuduhannya berhubung isu penyelewengan pasir, dua individu lain yang dituduh terlibat adalah ADUN Sri Muda PKR, Shuhaimi Shafiei dan penyelaras DUN Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri.

Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegubard berkata dokumen yang diserah kepada SPRM itu terdiri daripada dokumen perjanjian, surat tawaran, gambar-gambar berkaitan, dokumen transaksi bank, salinan laporan polis dan juga surat akuan bersumpah yang terlibat mendedahkan kegiatan itu.

Dalam laporan SPRM itu, beliau menamakan empat individu yang dipercayai memalsukan surat kerajaan negeri, pelbagai agensi dan pihak berkuasa dalam kelulusan tender perlombongan pasir. – MalaysiaGazette

Chegubard serah dokumen tender lombong pasir Selangor