Orang ramai bersama ahli keluarga meluangkan masa cuti hujung minggu membeli-belah sebagai persiapan perayaan Aidilfitri yang bakal tiba ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kompleks Sogo, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 08 APRIL 2023.

KUALA LUMPUR – Beberapa lokasi utama seperti pusat beli belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Masjid India kembali meriah dan sesak.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati orang ramai mula berkunjung ke kawasan tersebut seawal jam 9 pagi dan keadaan mula sesak pada tengah hari.

Keadaan panas terik tidak menghalang pengunjung membeli belah mencari barang keperluan dan persiapan Hari Raya Aidilfitri.

Keadaan dijangka bertambah meriah pada sebelah petang apabila gerai, bazar dan restoran mula dibuka menjual juadah berbuka puasa.

Orang ramai bersama ahli keluarga meluangkan masa cuti hujung minggu membeli-belah sebagai persiapan perayaan Aidilfitri yang bakal tiba ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 08 APRIL 2023.

Peningkatan pengunjung dapat dilihat apabila jalan-jalan utama menuju ke pusat belah-belah di sekitar ibu negara seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan Sulaiman, Jalan Raja Laut, Jalan Bunus dan Jalan Dang Wangi mula sesak.

Orang ramai menunggu ahli keluarga mereka membeli belah sebagai persiapan perayaan Aidilfitri yang bakal tiba ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Butik Muaz, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 08 APRIL 2023.

Tinjauan di Pusat Beli Belah SOGO didapati sesak dan barisan panjang pelanggan mewarnai setiap kaunter bayaran.

Bagi Muhamad Fazli Anuar dari Sungai Buloh, keadaan sesak luar menyebabkan beliau sukar untuk membeli belah.

Muhamad Fazli Anuar bercakap ketika ditemubual semasa meluangkan masa cuti hujung minggu membeli-belah sebagai persiapan perayaan Aidilfitri yang bakal tiba ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kompleks Sogo, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 08 APRIL 2023.

“Banyak barang, ada yang berpatutan ada juga yang mahal. Tapi keadaan sungguh sesak sangat sampai hendak beratur juga akan ambil masa.

“Sebentar lagi lagi sesak agaknya. Saya dan keluarga memang sudah biasa beli belah di sini tapi tahun ini memang luar biasa ramainya,” katanya.

Azmi Rahman dari Kelantan memberitahu, beliau merasakan harga barangan masih lagi mahal walupun telah diberi diskaun.

“Saya biasa beli tapi kali ini memang sangat mahal. Memang nampak sesak tapi rasanya tidak semua mampu beli jika harga seperti ini. katanya.

Azmi Rahman bercakap ketika ditemubual semasa meluangkan masa cuti hujung minggu membeli-belah sebagai persiapan perayaan Aidilfitri yang bakal tiba ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kompleks Sogo, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 08 APRIL 2023.

Manakala Mohd Izani menambah, rakyat Malaysia masih lagi mampu membeli belah walaupun tidak dapat membuat pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Mohd Izani bercakap ketika ditemubual semasa meluangkan masa cuti hujung minggu membeli-belah sebagai persiapan perayaan Aidilfitri yang bakal tiba ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kompleks Sogo, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 08 APRIL 2023.

“Kamu tengok tempat ini masih sesak, jika ke tempat lain juga sesak. Kita masih lagi mampu, syukur Alhamdulilah. Janganlah asyik hendak keluarkan wang simpanan tua kita untuk buat belanja pada masa ini,” katanya. – MalaysiaGazette