Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Jika salah seorang daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berjaya mencukupkan angka 112 ahli Parlimen – individu itu akan mendapat sokongan dari DAP dan Amanah.

Itu maksud kenyataan bersama Presiden Amanah Negara (Amanah) dan Setiausaha DAP, Lim Guan Eng hari ini.

“Sesiapa yang berjaya mendapat angka untuk mencukupkan angka 112 Ahli Parlimen, wajar diberi peluang mengetuai kerajaan gabungan itu nanti sebagai Perdana Menteri.

“Ada yang menyebut bahawa memandangkan pembangkang tidak dapat menyelesaikan persoalan calon Perdana Menteri, kita patut terus kekal sebagai pembangkang dan menunggu pilihan raya seterusnya. Kami tidak berpendapat begitu. Sebarang formula untuk menang dalam PRU seterusnya secara sendirian sebagai Pakatan Harapan atau tanpa Pakatan Harapan adalah formula yang sukar. Hanya PH Plus yang melibatkan Pakatan Harapan, Warisan dan kumpulan Tun merupakan kombinasi boleh menang dalam PRU akan datang,” kata kenyataan yang sama.

Kekuatan bersama itu, menurut Mohamad dan Guan Eng mesti menjadi premis asas, bukannya perkumpulan pembangkang yang berpecah-belah dan lemah.

“Malahan, pilihan untuk berputus asa daripada menuntut semula kuasa kerajaan bukan sahaja tidak bertanggungjawab, bahkan merupakan pengkhianatan terhadap pilihan rakyat pada 9 Mei 2018.

“Dengan tidak mencuba untuk menuntut kembali mandat itu secepat mungkin, kita hanya mengabsahkan Langkah Sheraton, sebuah kerajaan tanpa mandat, kesemua dasar-dasarnya yang tidak demokratik dan paling penting sekali, ketiadaan iltizam politik untuk membanteras rasuah dan memupuk ketelusan dalam urus tadbir. Ini tidak boleh dibiarkan berlaku.

“Jalan ke depan ialah dengan memberikan peluang pertama kepada Anwar dan sekiranya beliau gagal, Mohd Shafie wajar diberikan peluang yang serupa; kedua-duanya dengan berasaskan sokongan kukuh 109 orang Ahli Parlimen,” kata kenyataan yang sama.

Pada masa yang sama, menurut mereka, kesemua 109 orang Ahli Parlimen dan kelima-lima parti PH Plus iaitu Amanah, DAP, PKR, Warisan dan kem Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Bersatu harus memastikan hubungan kerjasama yang erat untuk memainkan peranan sebagai blok pembangkang yang berkesan.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Dari berjuang bersama Islam kini bergadai maruah bersama puak2 kafir..
    Itulah MAT SABO..
    Katak paling pqndai melompat n lalang paling liat.
    Bravo mat..elok tukqr la nama tu ke LIM Sa BO

  2. Ini kenyataan memperlekehkan Mahathir dan Dua party bersaudara ini telah mengajar tektik kepada MP tertua dengan memaksa mengikuti peraturan dan arahan mereka. Jelas tu Hatok Der kena ikut arahan mereka jika nak “tumpang menang” serta memilih calon PM:-
    Pertama – Haramkan nama Mahathir dan Boboy.
    Kedua – Sokong Anwar Ibrahim jika rasa berkenan.
    Ketiga – Pilih Shafie Aphdal jika mahu.
    Kesimpulannya mahukah Hatok Der and the ciput gang Lima Nam kongkalikong sokong Anwar?
    Jika gang kongkalikong memilih Shafie adakah Anwar and the full house menyokong pilihan itu?
    Terbaca cerita kisah Mat Jenin Dan Pak Pandir bagai Ada kaitan dengan plot ini.

Comments are closed.