MOSCOW – Kapal angkasa Rusia, Soyuz, melakukan pendaratan kecemasan di Kazakhstan selepas booster roketnya tidak berfungsi.

Kedua-dua krew selamat dan tidak cedera, lapor RT.

Kapal angkasa yang membawa angkasawan Alexey Ovchining dan Nick Hague mendarat kira-kira 20 hingga 25 kilometer dari Zhezkazgan, tengah Kazakhstan.

Empat buah helikopter dihantar untuk mengambil angkasawan tersebut.

“Krew telah mendarat. Semua selamat,” kata Ketua agensi angka Rusia, Dmitry Rogozin dalam akaun Twitter. – Agensi