Kelihatan sepasukan anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman yang lengkap bersenjata mengawal setiap penjuru pintu masuk Institut Perubatan Forensik Negara (IPFK) berikutan kes kematian Kim Jong-Nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara yang mati dibunuh di KLI2, Hospital Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 21 FEBRUARI 2017.

KUALA LUMPUR – Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman yang lengkap bersenjata mengawal setiap penjuru pintu masuk Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN).

Kawalan ketat di IPFN itu sejak pukul 1 pagi tadi.

Difahamkan kawalan itu dibuat selepas ada dikatakan terdapat media Korea cuba memasuki IPFN awal pagi tadi.

Sementara itu, jumlah pengamal-pengamal media dari dalam dan luar negara di persekitaran IPFN terus meningkat sejak awal pagi ini.

Media terus berkampung di IPFN kerana menjangkakan anak Kim Jong-nam – Kim Han-sol akan ke situ untuk proses pengecaman dan menuntut mayat bapanya.

Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara yang mati di klia2 pada pagi 13 Februari lalu. – MalaysiaGazette