Gambar hiasan

HONG KONG – Pihak penguasa di Eropah dan Asia dipercayai sedang menyiasat institusi kewangan, Standard Chartered berhubung tindakan kakitangannya memindahkan aset pelanggannya bernilai AS$1.4 bilion daripada English Channel Island of Guensey ke Singapura sebelum peraturan ketelusan cukai diperkenalkan.

Bank tersebut telah melaksanakan inkuiri dan memaklumkan penguasa pada awal tahun lalu, selepas terdapat kakitangan yang mempersoalkan waktu urusniaga dibuat dan sama ada sumber dana pelanggan tersebut telah disiasat dengan teliti atau tidak, demikian menurut sumber kepada Bloomberg.

Aset-aset yang dipegang dalam unit amanah Guernsey kebanyakannya adalah milik pelanggan Indonesia dan terdapat sebahagiannya mempunyai kaitan dengan ketenteraan, telah dipindahkan pada akhir tahun 2015.

Ia dilakukan sebelum pulau tersebut yang merupakan jajahan British, melaksanakan Standard Pelaporan Biasa (CRS), sebuah rangka kerja global bagi tukaran data cukai yang dilaksanakan awal 2016.

Di bawah CRS, pengawal selia setiap bidang kuasa secara automatik di antara satu sama lain.

Lebih 100 bidang kuasa menunjukkan mereka akan mematuhi standard tersebut yang mana telah dilaksanakan oleh Guernsey pada 2016.

Bagaimanapun, peraturan tersebut belum digunakan lagi Singapura dan Hong Kong sehingga 2018.

Julai lalu, Standard Chartered berkata, ia menutup pejabat di Guernsey dan memindahkan kesemua aset dan perkhidmatannya ke Singapura, dengan menyatakan “pemindahan keperluan pelanggan” sebagai alasan.

Pihak berkuasa Singapura dan Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Guernsey dikatakan sedang menyiasat kaitan perkara tersebut.-MalaysiaGazette