Syabu yang dirampas oleh STING.

KUALA LUMPUR – Polis berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran dadah oleh warga Nigeria dengan menangkap sembilan suspek dalam di Setapak, semalam.

Serbuan yang dilakukan oleh Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman itu turut merampas satu kilogram syabu.

Kejayaan STING itu dikongsikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitter beliau.

“Syabas STING @PDRMsia semalam tangkap 9 orang warga Nigeria di Setapak dan rampas 1 kilogram syabu. #GoPDRMGo,” kata beliau.