Tengku Zafrul Abdul Aziz Kuala Selangor
Tengku Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Unjuran perbelanjaan subsidi kepenggunaan yang setakat ini berjumlah RM77.3 bilion bagi tahun 2022 adalah jumlah subsidi tertinggi di dalam sejarah yang pernah ditanggung oleh mana-mana kerajaan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, subsidi kepenggunaan ini meliputi petrol, diesel, LPG, minyak masak, tepung dan elektrik bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat dan bil subsidi (tidak termasuk bantuan kebajikan) dari tahun 2018 – 2022 adalah seperti berikut:

Apabila ditambah dengan bantuan-bantuan lain seperti Bantuan Kebajikan Masyarakat termasuk Bantuan Keluarga Malaysia – BKM (RM11.7 bilion) dan lain lain-lain subsidi (RM14.6 bilion), jumlah keseluruhan subsidi setakat ini adalah RM77.3 bilion bagi tahun 2022.

Ini juga mengambil kira pengumuman oleh kerajaan baru-baru ini pertamanya mengenai bantuan tunai tambahan RM630 juta, yang meningkatkan jumlah BKM Fasa 2 bagi golongan berpendapatan rendah kepada RM1.74 bilion mulai 27 Jun 2022 ini.

Kedua mengenai s ubsidi elektrik bernilai RM5.8 bilion untuk separuh tahun kedua bagi memastikan tiada kenaikan tarif elektrik mulai 1 Julai 2022.

“Kerajaan peka kepada kenaikan harga komoditi dan kadar inflasi ekoran gangguan kepada rantaian bekalan global dan konflik Ukraine-Rusia yang telah mengakibatkan impak kenaikan harga barangan asas kepada kebanyakan negara di seluruh dunia termasuk Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, menurut Tengku Zafrul, subsidi kerajaan bertujuan untuk menampung kos sara hidup rakyat.

Kerajaan juga ingin memaklumkan bahawa bagi subsidi menyeluruh (blanket subsidies) – meliputi petrol, diesel, air dan elektrik – golongan M40 dan T20 juga mendapat manfaat yang besar.

Kementerian Kewangan, katanya, akan terus memantau faktor-faktor luaran yang boleh memberi impak negatif kepada situasi ekonomi domestik bagi memastikan kos sara
hidup rakyat terkawal.- MalaysiaGazette