Gambar hiasan

DUBAI- Sudan dan Amerika Syarikat (AS) telah berbincang mengenai bagaimana cara Khartoum untuk mempercepatkan perdamaian di antara Arab dan Israel.

Dalam pertemuan di Emiriah Arab Bersatu, seorang delegasi Sudan dan pegawai kanan AS mengadakan perbincangan mengenai bagaimana perdamaian tersebut boleh menstabilkan lagi rantau berkenaan.

Ia juga bagi menjamin penyelesaian dua-negara (two-state solution) kepada persoalan membabitkan Israel-Palestin, kata majlis kedaulatan pemerintah.

Pasukan Sudan diketuai Jeneral Abdel-Fattah al-Burhan yang telah terbang ke UAE pada Ahad bagi mengadakan rundingan berkenaan dengan pegawai-pegawai AS berhubung beberapa isu termasuk mengeluarkan Sudan daripada senarai negara penaja keganasan oleh AS.

Pegawai-pegawai Sudan mengadakan perbincangan serius dan jujur mengenai masa depan Arab-Israel yang akan membawa kepada kestabilan rantau dan mengekalkan hak rakyat Palestin untuk menubuhkan negara mereka mengikut wawasan penyelesaian dua negara,” kata majlis tersebut dalam satu kenyataan sebaik delegasi berkenaan pulang.

Kedua-dua pihak turut berbincang mengenai peranan Sudan yang diharap dapat membantu mencapai perdamaian tersebut, kata kenyataan itu lagi tanpa memberi perincian lanjut.

Rakan utama AS di rantau Asia Barat, UEA dan Bahrain telah pun menormalisasi hubungan mereka dengan Israel bulan ini dalam satu perjanjian yang dibroker oleh Washington.- MalaysiaGazette