LONDON – Juara bertahan Piala FA Emirates Manchester City akan berentap dalam suku akhir temasya kali ini menentang Everton di tempat lawan.

Manakala pesaing terkuatnya the Red Devils pula akan berkunjung ke Stadium King Power untuk menentang tuan rumah Leicester City dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

Chelsea bimbingan Thomas Tuchel pula akan menerima kunjungan kelab tercorot EPL, Sheffield United di Stamford Bridge.

Kesemua aksi suku akhir itu dijadualkan berlangsung pada 2 dan 21 Mac ini.

Man City yang juga pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini merupakan juara bertahan edisi musim 2019 selepas menjinakkan Watford 6-0 dalam perlawanan akhir.-MalaysiaGazette