Program Sumbangan Al-quran Para Mualaf 2023 telah mendapat kerjasama daripada pihak pengurusan Surau Ar Raudah Seksyen 5 Kota Puteri di Rawang.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 100 naskah al-Quran telan disumbangkan sempena Program Sumbangan Al-Quran Para Mualaf 2023 anjuran Pertubuhan Kemanusiaan Sinergi Budi (Sinergi Budi) dengan kerjasama Tayasan Taqwa MAIWP.

Sumbangan itu diserahkan kepada Pertubuhan Mualaf India Semalaysia @ Malaysian Indian Reverted Association (MIRA) yang diwakili oleh bendaharinya, Mohd Firdaus Tamil Maran.

Pengasas Bersama dan Pengarah Perhubungan Strategik & Latihan Sinergi, Mohamad Nizam Abdul Hamid berkata, sumbangan naskah tersebut akan diagihkan kepada para mualaf di bawah naungan MIRA.

“Sinergi Budi akan terus berbakti untuk kemaslahatan ummah keseluruhannya dengan menganjurkan pelbagai program di masa akan datang.

“Ia selari dengan objektif penubuhannya dengan menjalin kolaborasi strategik dengan pelbagai agensi dan kementerian yang terlibat tertakluk kepada kelulusan dana yang diperolehi,” katanya dalam satu kenyataan.

Program Sumbangan al-Quran Para Mualaf 2023 telah mendapat kerjasama daripada pihak pengurusan Surau Ar Raudah Seksyen 5, Kota Puteri di Rawang.

Sementara itu, Mohamad Nizam berkata, Sinergi Budi ditubuhkan dengan memberi fokus pada misi-misi kemanusiaan, kebajikan, pendidikan dan pengurusan acara untuk manfaat masyarakat keseluruhannya.

Kata beliau, ia melibatkan golongan asnaf, mualaf dan golongan B40 melalui pelbagai aktiviti kebajikan untuk manfaat pelbagai golongan tersebut. – MalaysiaGazette