Ahmad Zahid Hamidi wizard frogs PAS UMNO Abdul Hadi Awang ducks Mohd Puad Zarkashi Parti Kuasa Rakyat politics
Mohd Puad Zakarshi

KUALA LUMPUR – Siapa yang patah kaki dan mahu berenang sendiri?,” soal Datuk Mohd Puad Zakarshi.

Membalas kenyataan Tan Sri Abdul Hadi Awang, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, Pas tahu UMNO tolak Perikatan Nasional (PN) kerana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tikam belakang UMNO dari belakang.

”Itu berlaku di PRN Sabah. Tetapi Pas tidak peduli itu semua. Pas tidak rugi apa apa,” katanya sambil mengingatkan Pas tentang Piagam Muafakat Nasional (MN) dimeterai dengan tangisan dan lenangan air mata di PWTC.

Tegas beliau, sebenarnya Pas yang melemahkan MN apabila menyertai PN dan bermain dua lawang.

Dakwa beliau, Pas hanyut kerana nikmat jawatan bertaraf menteri – jawatan Menteri dan Kerajaan Pusat yang Pas sudah lama tidak merasanya.

Sebab itu juga, dakwa Mohd Puad, Pas sanggup meminggirkan dua tiga orang pemimpin atasannya yang pro MN seperti Datuk Khairuddin At Takiri, Nik Mohamed Abduh dan Dr Marzuki.

”Akan sampai masanya Pas akan ditikam dari belakang. Tiada kejujuran politik dalam PN,” tambah Mohd Puad.

Oleh itu, pada UMNO, lebih baik jalan terus secara solo kerana UMNO tidak rugi dan terbukti di PRN Malaka.

“Jangan nanti Pas yang akan jadi itik patah kaki. Mungkin patah kedua-dua kaki kerana bersekongkol dengan PPBM yang didominasi oleh katak politik.

”Ketika itu nasi sudah jadi bubur. Pas akan tenggelam dan mati lemas. Susah berkawan dengan Pas. Sebab itu PAS tinggalkan Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR),” katanya lagi.

Baru-baru ini, Presiden Pas berkata, beliau kesal dengan sikap segelintir pemimpin UMNO yang seolah-olah lupa diri walaupun Pas bertungkus-lumus menyelamatkan parti itu selepas tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Pas bukan mahu mengajar itik berenang, kita cuma nak selamatkan itik yang patah kaki dalam PRU-14.

“Tetapi, malangnya apabila kaki sudah sembuh, itik itu mahu berenang sendiri dan tinggalkan kita. Benda ini tidak bermoral,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila di sini hari ini. – MalaysiaGazette