Aung San Suu Kyi

Yangon – Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi mengalu-alukan pengakuan tentera melakukan pembunuhan terhadap orang Islam Rohingya sebagai satu langkah positif.

Selepas beberapa bulan menafikan perkara tersebut, pasukan tentera pada Rabu mengaku, satu siasatan telah menemui bukti terdapat empat ahli pasukan keselamatan telah membantu membunuh 10 suspek Rohingya di kampung Inn Din pada 2 September lalu dan meninggalkan mayat mereka dalam lubang.

Kira-kira 655,000 Rohingya terbang dari barat Rakhine ke Bangladesh sejak Ogos.

Para pemerhati berharap penubuhan kerajaan rakyat oleh Suu Kyi pada 2016 mampu mengurangkan kekejaman tentera di kawasan bergolak itu.

Namun, apa yang terjadi baru-baru ini telah memudarkan harapan tersebut.

Amnesty International memberi rumusan pembunuhan di Inn Din itu “hanyalah pembuka cerita” kepada kekejaman tentera sejak Ogos dan sekali gus mendesak satu siasatan yang lebih menyeluruh diadakan.

Bagaimanapun, kawasan konflik di Rakhine masih lagi ditutup kepada media, agensi bantuan serta penyiasat PBB.

Kumpulan militan ARSA, menerima pengakuan tentera dengan sepenuh hati kerana menurut mereka, ini bermakna tentera sendiri telah mengesahkan tuduhan-tuduhan mengenai kekejaman termasuk kempen rogol dan bunuh serta pembakaran kampung secara sistematik itu adalah benar.

“Terdapat mayat 10 orang awam yang tidak berdosa telah ditemui dalam sebuah kubur besar.

“Mereka bukan ahli ARSA atau mempunyai kaitan dengan ARSA,” katanya dalam satu kenyataan di Twitter.

PBB dan Amerika Syarikat telah menuduh tentera Myanmar melakukan pembersihan etnik dengan ketua hak asasi PBB, berkata, mereka mungkin dituduh atas kesalahan melakukan pembunuhan beramai-ramai.-MalaysiaGazette