Seorang buruh binaan warga asing menjalani ujian saringan Covid-19 yang dikelola oleh majikan berikutan Perintah Kawaln Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan penularan wabak Covid-19 di Jalan Batai, Bukit Damansara. foto AFIQ RAZALI, 09 MEI 2020.

KUALA LUMPUR – Syarikat pembinaan, Grand Dynamic Builders Sdn Bhd hari ini mengambil inisiatif menjalankan saringan ujian swab ke atas 900 pekerja binaan di tapak pembinaan di Jalan Batai, Bukit Damansara.

Menurut satu kenyataan, seramai 90 peratus pekerja asing dan 10 peratus tempatan syarikat tersebut menjalani ujian saringan Covid-19 dengan menggunakan perkhidmatan klinik swasta.

“Proses saringan bermula pada 9.30 pagi tadi dan dijangka selesai pada pukul tiga petang,” katanya.

Pekerja buruh binaan warga asing beratur bagi membuat saringan Covid-19 yang dikelola oleh majikan berikutan Perintah Kawaln Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan penularan wabak Covid-19 di Jalan Batai, Bukit Damansara. foto AFIQ RAZALI, 09 MEI 2020

Pada 3 Mei yang lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan satu lagi kluster baharu melibatkan tapak pembinaan di Kuala Lumpur selepas 28 pekerja warga asing dilaporkan positif Covid-19.

Penelitian awal mendapati ia berkemungkinan bermula daripada kediaman pekerja di tapak pembinaan terbabit. – MalaysiaGazette