Syed Ibrahim Syed Noh

KUALA LUMPUR – Agensi peneraju ekonomi digital negara, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) mengumumkan Syed Ibrahim Syed Noh sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif yang baharu, berkuatkuasa pada 1 April 2023.

Beliau merupakan Ahli Parlimen kawasan Ledang, Johor sejak 2018.

Syed Ibrahim merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (BBA), University of Wisconsin dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), St. Louis University, Amerika Syarikat dari tahun 1982 hingga 1988, berpengalaman luas dalam bidang telekomunikasi selama 25 tahun di Telekom Malaysia Berhad dari tahun 1989 hingga 2014.

Beliau juga mempunyai pengalaman termasuk dalam bidang pengurusan perhubungan pelanggan, pengurusan projek, pemasaran dan jualan perdagangan, segmentasi dan analisis serta pengurusan teknologi maklumat dan sistem.

Jawatan terakhir beliau ialah Penolong Pengurus Besar.

Beliau turut berpengalaman menerajui Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) sebuah badan amanah di bawah Perdana Menteri sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah selama setahun. – MalaysiaGazette