Akibat mencederakan ibu kandung dengan menumbuk mata sebelah kiri, seorang penganggur menerima balasan hari ini apabila dihukum penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.
Akibat mencederakan ibu kandung dengan menumbuk mata sebelah kiri, seorang penganggur menerima balasan hari ini apabila dihukum penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.

RIYADH – Arab Saudi didakwa menyeksa dan melakukan gangguan seksual beberapa aktivis hak asasi manusia yang dipenjarakan.

Banduan di Penjara Dhahban turut mendakwa kerajaan negara itu menggunakan renjatan elektrik dan melakukan sebatan.

Kenyataan itu dibuat oleh Amnesty International dan Human Rights Watch dengan memperincikan dakwaan seksaan ke atas tahanan.

Arab Saudi telah menahan beberapa aktivis hak wanita awal tahun ini, ulama dan intelektual yang berpengaruh.

Bagaimanapun, BBC belum mendapatkan ulasan daripada Arab Saudi berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, seorang pegawai Arab Saudi memberitahu Wall Street Journal bahawa kerajaan itu sama sekali “tidak membenarkan, menggalak, atau membenarkan penyeksaan”.

Kedua-duannya mendakwa, tahanan aktivis tidak dapat berjalan atau berdiri dengan betul selepas dikenakan renjatan elektrik atau dirotan.

Malah, seorang tahanan wanita mendakwa menjadi mangsa seksual oleh seorang penyiasat yang memakai topeng muka.

Human Rights Watch juga menyebutkan renjatan elektrik, sebatan serta “memeluk dan mencium dengan paksa” tahanan dilakukan sekurang-kurangnya terhadap tiga wanita yang ditahan. – MalaysiaGazette