Khairy Jamaludddin
Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Walaupun keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil Port Dickson belum diumumkan, namun calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima ucapan tahniah mencurah-curah.

Salah seorang yang mengucapkan tahniah adalah ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Khairy di laman Twitter menulis: Tahniah, 132. From, 131.

Anwar setakat ini mencatatkan keputusan cemerlang dan berjaya memecahkan majoriti yang dicatatkan Datuk Danyal Balagopal Abdullah iaitu 17,710 semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 Mei lalu.

Danyal mengosongkan kerusi Parlimen tersebut bagi memberi laluan kepada Anwar menjadi wakil rakyat sekaligus menyediakan diri beliau sebagai perdana menteri kelapan. – MalaysiaGazette