KUALA LUMPUR – Keluarga kepada mangsa bunuh Datuk Sosilawati Lawiya, Datuk Kevin Morais dan Wong Jing Kui memohon kerajaan agar mempertimbangkan pemansuhan hukuman mati mandatori kerana ia tidak memberi keadilan kepada mangsa dan keluarga mereka.

Peguam yang mewakili keluarga mangsa Christina Teng berkata hukuman mati diperlukan di negara ini sebagai pelindung kepada masyarakat daripada jenayah-jenayah berat seperti pembunuhan, aktiviti keganasan dan dadah.

“Jika ia dimansuhkan, perbelanjaan menjaga banduan di penjara akan meningkat. Kadar jenayah pula akan meningkat apabila pelaku jenayah semakin berani membuat jenayah kerana hukuman mati sudah tiada. Hanya dijatuhkan hukuman penjara.- BERNAMA