Home Dunia Tak cukup ayam, restoran KFC ditutup

Tak cukup ayam, restoran KFC ditutup

LONDON – Rangkaian restoran makanan segera KFC terpaksa menutup 900 cawangan kerana kekurangan ayam.

Masalah itu timbul selepas KFC menukar kontrak bekalan kepada DHL.

“Kami telah membawa rakan kongsi baru tetapi mereka ada masalah untuk mendapatkan ayam segar bagi bekalan kepada 900 cawangan kami.

“Kami tidak berkompromi dengan kualiti, jadi disebabkan tiada bekalan beberapa restoran terpaksa ditutup dan ada yang beroperasi dengan menu yang terhad,” kata KFC menerusi laman sesawangnya.

DHL pula berkata, gangguan penghantaran disebabkan isu-isu operasi.

“Kami bekerjasama dengan KFC dan rakan kongsi untuk membetulkan keadaan dan meminta maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul,” kata seorang jurucakap DHL. – MalaysiaGazette