Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda bercakap pada sidang media mengenai rayuan kepada kerajaan persekutuan untuk meneruskan Koperasi Kredit untuk kemudahan bantuan kewangan di kalangan penjawat awam di Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 05 JUN 2018
Azih Muda

PETALING JAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyambut baik keputusan kerajaan untuk memberikan ganjaran kepada 17,000 kakitangan kontrak lantikan politik. 

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, ianya merupakan tindakan tersebut memadai jika kerajaan Pakatan Harapan yang baharu menerajui pentadbiran negara enggan melanjutkan tempoh perkhidmatan puluhan ribu kakitangan kontrak tersebut.

“Tun (Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad) telah menjelaskan bahawa hasratnya sebenarnya adalah untuk meringankan beban tapi kerajaan telah maklumkan bahawa mereka yang diberi notis sebulan dan ada ganjaran mereka dibayar dan CUEPACS merasakan itu sebagai sebuah jawapan,” katanya ketika sidang media di Wisma Ungku Aziz di Kelana Jaya petang tadi.

Kata Azih, tuntutan yang sebelum ini disuarakan adalah demi menjaga kebajikan kakitangan kontrak yang bakal kehilangan kerja bersedia merancang karier mereka pada masa akan datang. 

“Kami harap mereka yang ditamat perkhidmatan sekirang-kurangnya bersedia untuk cari kerja baru. Sebab itu kami mahu dipanjangkan tapi kalau ada ganjaran itu melegakan kita,” tambahnya. 

Terdahulu Azih merayu kerajaan agar melanjutkan notis penamatan sebahagian 17,000 kakitangan kontrak lantikan politik yang ditamatkan perkhidmatan baru-baru ini kepada  sekurang-kurangnya  6 bulan dari tempoh asal kerana mengambil kira sambutan hari raya dan tanggungan kelompok terkesan seperti hutang dan pinjaman belum dibayar.-MalaysiaGazette