Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail beramah mesra bersama peserta pada Majlis Pelancaran Program Biodiesil B20 Sektor Pengangkutan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 20 FEBRUARI 2020

KUALA LUMPUR – “Oh, itu kena tanya sekretariat,” ringkas jawapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika ditanya siapakah yang bakal membawa usul tarikh peralihan kuasa Dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, esok.

Isu peralihan kuasa Perdana Menteri itu dikatakan bakal dimuktamadkan esok.

Bagaimanapun, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Isnin lalu memberitahu media, beliau tidak tahu sama ada isu tersebut bakal dibangkitkan atau tidak.

Katanya, beliau hanya mempengerusikan sahaja mesyuarat berkenaan.

Minggu lepas, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri berkata, beliau cenderung supaya Dr. Mahathir melepaskan jawatan selepas Sidang Kemuncak APEC 2020 selesai pada November depan.

Namun begitu, isu tersebut katanya, harus diputuskan secara muktamad Dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Februari ini. – MalaysiaGazette