Tasha Shilla

KUALA LUMPUR – Pelakon, Tasha Shilla kini menjadi tunangan pilihan hatinya Muhammad Atiq Idris selepas dua bulan mereka berkenalan.

Pasangan sebaya berusia 33 tahun itu diperkenalkan seorang teman dan dijangka melangsungkan majlis perkahwinan pada akhir bulan ini.

Tasha atau nama sebenarnya, Nastashasheila Abdul Razak sebelum ini pernah putus cinta beberapa kali.

Sementara itu, Atiq kini bekerja dalam bidang kewangan di Singapura.

Pada majlis pertunangan itu, Atiq menyerahkan cincin, tepak sirih dan beberapa hadiah lain kepada tunangannya itu.

Sebelum ini, Atiq menghantar rombongan merisik pada 1 Februari lalu. – MalaysiaGazette