Calon Barisan Nasional (BN) P.147 Parit Sulong, Datuk Seri Noraini Ahmad.

PARIT SULONG – Masalah tekanan air rendah yang dihadapi penduduk di sekitar kawasan Parlimen di sini bakal selesai selepas mendapat perhatian Menteri Besar Johor.

Penyandang kerusi Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, tindakan juga sudah diambil oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) di kerusi berkenaaan berkata, ia merupakan salah satu isu yang diberikan tumpuan meskipun keadaan seperti itu bukanlah sepanjang masa kerana ia hanya berlaku ketika sambutan perayaan.

“Sebenarnya kita pun dah ajukan masalah ini kepada Menteri Besar mengenai perkara tersebut dan Menteri Besar sudah bertindak.

“Beliaulah akan memastikan perkara ini tidak berulang lagiĀ  terutamannya di sesetengah tempat yang alami tekanan rendah, tapi ia bukan selalu, ia sesekali terutamanya musim raya.

“Aduan telah kita buat dan saya percaya ADUN-ADUN pun buat perkara yang sama juga,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui di sini.

Noraini percaya masalah yang berlaku diatasi dengan sebaik mungkin dengan kerjasama antara wakil rakyat di peringkat negeri dan di peringkat Persekutuan.

Katanya, itulah kebaikan apabila mandat diberikan kepada pemimpin masyarakat dari satu parti yang sama dengan pemerintah di peringkat negeri kerana tindakan dapat diambil dengan secepat mungkin.

Difahamkan, masalah tekanan air rendah menjadi salah satu daripada isu yang menjadi rungutan penduduk di kebanyakan kawasan di sekitar Johor sejak kebelakangan ini.

Meskipun ia merupakan masalah bermusim namun kadang-kadang ia berlaku tanpa diketahui punca. – MalaysiaGazette