Penjara La Joyita.foto Agensi

PANAMA CITY – Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 13 lagi cedera dalam kejadian tembak-menembak dalam kalangan banduan di penjara berhampiran Panama City.

Polis berkata, mereka merampas beberapa senjata, termasuk lima pistol dan tiga senjata laras panjang. dalam kejadian di penjara La Joyita, kira-kira 16 batu di timur ibu negara.

Presiden Laurentino Cortizo, yang memegang jawatan pada bulan Julai, percaya pengawal penjara terlibat dalam penyeludupan senjata.

“Senjata api ini tidak jatuh dari langit, jelas sekali ada kerjasama di sana untuk membawa masuk senjata api,” katanya dalam satu kenyataan.

Pegawai polis Alexis Munoz berkata, tembakan itu dilepaskan dari dalam penjara, yang mana penghuni ditempatkan mengikut kumpulan untuk mengelakkan konfrontasi.

Punca kejadian itu sedang disiasat. – MalaysiaGazette