Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Muhammad Benten berkata, tempahan 10 hari pertama untuk jemaah umrah telah penuh.

MEKAH – Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Muhammad Benten berkata, tempahan 10 hari pertama untuk jemaah umrah telah penuh.

Menurutnya, kira-kira 16, 000 jemaah didaftarkan pada jam pertama melancarkan aplikasi umrah dilancarkan, Umrahna lapor HajjRepoter.com.

Kementerian Haji dan Umrah telah meluncurkan aplikasi Umrahna sebelum ini untuk mengatur masuknya jemaah dengan tujuan untuk menerapkan standard dan kawalan kesihatan yang disetujui oleh Kementerian Kesihatan dan pihak berkaitan.

Penggantungan sementara ibadah umrah dan ziarah ke dua buah masjid, Masjidil Haram dan Masjid Nabawi akan dilonggarkan secara berperingkat.

Penyambungan semula umrah dan ziarah secara berperingkat bergantung kepada penyelesaian teknikal yang membolehkan perkhidmatan umrah yang disediakan oleh syarikat dan pertubuhan untuk menambah baik perkhidmatan mereka dan memasarkan perkhidmatan mereka di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Pelaksanaan umrah dan lawatan secara beransur-ansur dan diizinkan untuk warga dan penduduk Mekah 4 Oktober ini.- MalaysiaGazette