Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. foto HAZROL ZAINAL, 21 DISEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Rayuan, di sini, melepas dan membebaskan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor daripada tuduhan menerima rasuah sebanyak RM2 juta.

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Suraya Othman membenarkan rayuan bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu dengan keputusan 2-1 bagi mengenetepikan hukuman yang disabitkan ke atasnya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.

Dua panel hakim lain ialah Hakim Datuk Abu Bakar Jais dan Hakim Ahmad Nasfy Yasin.

Pada 21 Disember tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta ke atas menteri itu selepas mendapati beliau gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir pembelaan terhadap kes pendakwaan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Mengapa bukti2 lain tidak dihalusi semasa peringkat mahkamah tinggi ?

    Menurutnya, Kin Kong secara jelas mengesahkan bahawa dana itu adalah sumbangan politik kepada UMNO dan bukannya untuk Tengku Adnan.

    Malah, katanya, saksi ke-6 iaitu Ketua Pegawai Operasi Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB), Datuk Mohd Hasbi Jaafar memberitahu perkara sama kepada mahkamah yang mana ia digunakan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor.

    “Bukti yang dikemukakan oleh saksi ke-23 iaitu Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muhammad Saad Bordani juga penting kerana ia menunjukkan bahawa cek bernilai RM2 juta itu adalah sumbangan politik untuk perbelanjaan PRK tersebut.

    “Dalam keadaan serupa, tidak ada cadangan yang dibuat oleh pihak pendakwaan bahawa Kin Kong tidak jujur atau menipu.

Comments are closed.