Kejadian tre tergelincir di Milan mengakibatkan tiga terbunuh manakala 13 lagi parah dalam kejadian pada Khamis.

ITALI – Sekurang-kurangnya tiga terbunuh dan 13 orang lagi cedera parah pada Khamis lalu apabila tren komuter yang membawa 250 penumpang tergelincir dari landasan berhampiran Milan.

Pihak berkuasa tempatan melaporkan, beberapa gerabak keretapi yang dikendalikan Trenord tergelincir sekitar 7 pagi waktu tempatan berhampiran stesen Pioltello Limito kira-kira 20 kilometer di luar Milan, menurut syarikat keretapi milik Itali, Ferrovie Dello Stato.

“Pada masa ini, terdapat tiga orang terbunuh, lima parah dan lapan tercedera dalam zon kuning, semuanya kini dirawat di hospital,” menurut Kementerian Dalam Negeri dalam kenyataan hari ini.

Misi mencari dan menyelamatkan mangsa dihentikan sekitar 11 pagi waktu tempatan dan kira-kira 100 penumbang yang terselamat dengan kecederaan ringan disediakan penempatan sementara di pusat gimnasium berhampiran lokasi kejadian.

Sumber polis Milan berkata, siasatan telah dimulakan dengan polis stesen keretapi sedang merakam keterangan pemandu tren.

Landasan tren itu menghubungkan Milan dan Bandar Utara Cremona dan kemalangan itu mengakibatkan gangguan trafik tren dan beberapa perjalanan tren terpaksa dijadualkan semula laluan perjalanan.

Sebelum kejadian beberapa runtuhan struktur di landasan itu tetapi masih belum dapat jelas sama ada ia punca mengakibatkan kemalangan itu.

“Runtuhan pada landasan keretapi itu dikesan sekitar 2.3 kilometer sebelum kemalangan sebelum platform Pioltello tetapi ia adalah masih andaian pramatang untuk mewujudkan faktor kemalangan,” menurut Pengarah Wilayah Vincenzo Macello.

Kata Macello, kerja penyelenggaraan landasan dilaksanakan lebih kerap dan dipantau secara konsisten.

Menurut sumber, tren berkenaan bergerak pada kelajuan normal semasa menghampiri stesen hentian seterusnya.

“Sistem kami (keretapi) adalah antara paling selamat di Eropah. Apa yang membimbangkan kami ialah proses penyelenggaraan yang sering dilakukan oleh subkontraktor dan bukan kakitangan keretapi,” menurut setiausaha kesatuan, Adriano Coscia pada televisyen SKY TG24.

Datuk Bandar Milan, Beppe Sala pula menggalakkan lebih banyak pelaburan dalam infrastruktur Itali untuk meningkatkan keselamatan pengangkutan. – MalaysiaGazette