Jualan Tiket 2023 iKON World Tour Di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Jojo Events dan My Events International yang bekerjasama menganjurkan ‘2023 iKON WORLD TOUR TAKE OFF’ di Kuala Lumpur telah mula menjual tiket konsert yang dinanti-nantikan terutamanya peminat muzik Korea di Malaysia.

Jualan tiket am sudah mula dibuka kepada orang ramai sejak 3 Jun 2023, konsert bakal berlangsung pada 22 Julai ini.

Kata mereka, iKONics akan berkongsi pesona muzik dengan iKON di pentas yang megah di mana irama, warna dan tarian akan membuatkan peminat-peminat teruja dan sekaligus dapat memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

“Pengumuman konsert iKON di MINES International Exhibition & Convention Centre (MIECC) telah menarik minat orang ramai terutamanya dalam kalangan peminat muzik Korea di negara ini.

“Kehebatan muzik iKON memang terkenal dalam kalangan kumpulan-kumpulan terkenal Korea. Ini kali ketiga iKON hadir ke Kuala Lumpur sejak 2016.

“Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan persembahan iKON yang menakjubkan dengan membeli tiket hanya di www.ticket2u.com.my.,” kata kenyataan itu.

Tiket boleh didapati pada harga RM388, RM538, RM688, RM838, RM1,038 dan RM1,088.

Penganjur telah mengambil kira segala-galanya untuk memberikan pengalaman terbaik untuk iKONics.

Zon tempat duduk tinggi telah diwujudkan supaya peminat dapat menikmati persembahan sepenuhnya. -MalaysiaGazette