Home Dunia Tinggalkan 4 anak untuk melancong, seorang wanita ditahan

Tinggalkan 4 anak untuk melancong, seorang wanita ditahan

IOWA – Seorang wanita dikenakan pelbagai pertuduhan selepas meninggalkan empt orang anaknya di rumah, semata-mata untuk bercuti di Eropah.

Erin Lee Macke, 30, didakwa dengan empat pertuduhan membahayakan kanak-kanak, selain meninggalkan pistol kepada individu di bawah 21 tahun.

Macke yang tampil di mahkamah, ditahan di penjara Polk Country sebagai ganti kepada jaminan bernilai AS$9,000.

Malah, wanita terbabit tidak dibenarkan melawat anak-anaknya.

Macke telah meninggalkan anak-anaknya, masing-masing berumur 6, 7 dan 12 di kediamannya pada 20 September untuk mengembara ke Jerman.

Pegawai polis, Leftenan Tyler Tompkins berkata, anak-anak itu ditinggalkan bersendirian dalam tempoh 24 jam sebelum polis dan Perkhidmatan Kemanusian Iowa tiba selepas mendapat maklumat orang ramai.

Anak-anaknya memberitahu: “Ibu telah tinggalkan kami dan negara ini”.

Tompkins berkata, polis telah menghubungi Macke pada 21 September lalu dan beliau memaklumkan merancang untuk berada di Jerman sehingga 1 Oktober ini.

“Kami tidak pernah dengar perkara seumpama ini berlaku. Kami mempunyai situasi di mana orang dewasa ke rumah jiran atau ibu bapa yang keluar malam walaupun itu tidak digalakkan.

“Tetapi meninggalkan negara dengan anak-anak di rumah belum ada sebelum ini,” katanya.

Polis telah meminta Macke untuk kembali ke Amerika Syarikat sebelum 1 Oktober. Dia tiba pada malam Rabu dan ditangkap pada pagi Khamis. – MalaysiaGazette