Khalid Samad
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad bercakap pada sidang media pada Majlis Penyerahan Operasi GoKL dan Pelancaran Penggunaan B10 BioDiesel di Menara DBKL, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 18 DISEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad antara yang aktif mengulas atau menjawab kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Adakalanya kedua-dua ahli politik ini kelihatan seperti berbalas ‘troll’ menyanggah antara satu sama lain.

Hari ini Khalid memuatnaik hantaran terbaharu di laman Twitter sebagai respon kepada kenyataan Najib bahawa beliau tidak pernah memberi RM90 juta kepada Pas sepertimana yang disiarkan Sarawak Report.

Menerusi hantaran tersebut Khalid berkata: “And I received 2.6 B as a donation from a Saudi Royalty… Caya sama luu… hahaha. Troll king or Putar King?”

Seorang netizen membalas hantaran Khalid sambil memuatnaik screenshot berita yang bertajuk ‘Jahat Sunggu DAP, kata Khalid Samad’ dan menambah ulasan ‘u-turn king’.

Netizen yang sama menyambung ulasan: “Malu apa bossku…aku sokong orang yg bole menjaga agamanya bukan ada janggut tapi hari2 dok hina orang lain.”

Ada juga yang mengusik Khalid: “hr ni aktif tweet… mgkn smlm bit coin turun….”

Menteri Wilayah Persekutuan itu merupakan orang yang bertanggungjawab mencadangkan Harapan Coin menggunakan teknologi mata wang kripto dan blockchain kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Jgn risau, Khalid, yg balas tweet kamu, tak lain, penyokong tegar Najib.

    Raja Troll & Penyokong Tegar aka UMGOK kelaparan mencari perhatian.

    ..tidak semesti nya, segelitir ini mewakili yg ramai.

Comments are closed.