Tulisan Jawi adalah sebahagian daripada bahasa Melayu

PELNAGAI polemik telah kita dengar selama lebih sebulan hanya berkaitan dengan tiga muka surat Jawi berbanding asalnya enam muka surat.

Kita percaya walaupun satu muka tidak mustahil akan ditentang habis-habisan seolah-seolah Malaysia telah diserang garuda.

Jelas dilihat, mereka yang menentang seolah-olah telah hilang pemikiran rasionalnya.

Pelbagai hujah dikemukakan yang telah berasaskan andaian negatif dan lemah.

Mana mungkin dengan belajar tulisan Jawi ejaan “bersekutu bertambah mutu, ringgit dan Malaysia maka berduyun-duyun yang mempelajarinya akan masuk Islam?.

Orang Melayu dan bukan Cina pun banyak yang belajar tulisan Cina tanpa takut menjadi Cina.

Malah Kementerian Pendidikan telah pun berkompromi (sesuatu yang tidak perlu) daripada enam muka surat kepada cuma tiga muka surat dan buat kali pertama dasar pendidikan diserah kuasa kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah untuk membuat keputusan atau pilihan, mahu terima atau tidak.

Lucu sekali negaraku ini.

Antara hujah menolak ialah al-Quran ditulis menggunakan tulisan Jawi.

Sebenarnya mereka yang belajar Jawi tahun ada perbezaan antara Jawi bahasa Melayu dengan jawi bahasa Arab.

Ironinya, mereka tidak pernah gusar menulis rumi walaupun itulah jenis tulisan dalam kitab-kitab lain seperti Bible?

Tidak takut menjadi Kristian. Malah ramai sarjana Cina sendiri, Korea dan lain-lain yang mahir Jawi begitu lama, tidak pun menjadi Islam sehingga mati.

Jadi, apakah yang diriuhkan sebenarnya?

Apakah takut kepada bayang-bayang sendiri?

Jelas, walaupun rumi digunakan dalam bahasa Melayu untuk pentadbiran negara tetapi Jawi tidak dihalang dalam perundangan untuk digunakan kerana Jawi ialah sebahagian daripada bahasa Melayu dan merupakan tulisan asal yang diwarisi.

Penentangan begitu kuat sehingga dibawa ke mahkamah tinggi dan walaupun mahkamah di Pulau Pinang telah membuat keputusan tetapi yang menentang seperti masih tidak berpuas hati?

Apabila pihak polis pula menegah perhimpunan yang berkaitan diadakan, polis pula dituduh tiada semangat Malaysia baru.

Apakah semangat Malaysia baru itu bermaksud bebas untuk membantah roh perlembagaan persekutuan atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu atau kebangsaan yang menjadi teras negara ini dengan berpaksikan sejarah atau tamadun sejak beribu tahun dahulu?

Tindakan tidak rasional puak-puak tertentu juga jelas apabila tidak pula membantah jawi diguna bagi banyak produk keluaran kilang milik bukan Melayu, bukan Muslim.

Kenapa berpilih-pilih dalam hal ini?. Malah orang Melayu sendiri yang “bengong Jawi” turut serta dalam bandwagon yang sama dan tidak mustahil diketawakan pula oleh bukan Melayu yang mahir jawi.

Jadi apakah yang dibising dan ditohmah itu betul atau sebenarnya ada udang di sebalik batu?

Kepada semua rakyat Malaysia, marilah buktikan dengan amalan, bahawa di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung dan bukan sekadar kata-kata kosong oleh lidah yang tak pernah ada tulang. – MalaysiaGazette

Oleh: Kamal Shukri Abdullah Sani. Timbalan Presiden, Persatuan Linguistik Malaysia (PLM)

 

1 Komen

  1. yang menentang adalah kafir lahanat tapi yg paling bangsat adalah melayu yang mengaku islam…tapi menentang sama

Comments are closed.