Home Korporat Uber Asia Tenggara bakal dimiliki Grab

Uber Asia Tenggara bakal dimiliki Grab

SINGAPURA – Uber dijangka mengumumkan penjualan kepentingannya di Asia Tenggara kepada Grab.

Bagaimanapun, Uber dikatakan akan mengekalkan kepentingannya sehingga 30 peratus dalam perniagaan gabungan itu.

Langkah itu meneruskan keputusan penjualan perniagaan Uber di China pada tahun 2016 kepada pesaingnya Didi Chuxing dan pengunduran dalam operasi-operasi antarabangsa.

Tahun lalu Uber mengalami kerugian AS$4.5 bilion menyebabkan kedudukan syarikat dan ketua eksekutifnya goyah.

Setakat ini tiada pengesahan lanjut mengenai rundingan tersebut tetapi penggabungan dalam industri sudah dijangkakan selepas Kumpulan Softbank membuat pelaburan besar awal tahun ini.

SoftBank adalah pelabur utama dalam beberapa pesaing Uber termasuk Grab, Didi Chuxing (China) dan Ola di India. – MalaysiaGazette