Home Nasional UM 50 terbaik dunia untuk 7 subjek

UM 50 terbaik dunia untuk 7 subjek

universiti malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) berpendirian untuk terus mempertahankan Rumah Kediaman Universiti (RKU) daripada diserahkan semula kepada pihak pengurusan Universiti Malaya.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya menyaksikan peningkatan kukuh dalam kalangan universit utama dunia apabila tujuh disiplin akademiknya disenaraikan dalam 50 terbaik QS World Universiti Rankings mengikut Subjek 2018.

Subjek-subjek itu adalah perpustakaan dan pengurusan maklumat (ranking 24), elektrik dan kejuruteraan elektronik (30), pengajian pembangunan (30), mekanikal, aeronautikal dan kejuruteraan pembuatan (41), kejuruteraan kimia (42), kejuruteraan sivil dan struktural (46) dan mineral dan perlombongan (47).

Sebagai tambahan, UM juga merekodkan 21 subjek dalam 100 tertinggi dunia, penambahbaikan berbanding 19 subjek tahun lalu.

Pencapaian rekod lima subjek kejuruteraan dalam 50 teratas membantu melonjakkan Kejuruteraan dan Teknologi UM ke tangga ke-22 daripada ke-35 pada 2017.

UM memperbaiki kedudukan di tangga ke-45 bagi kategori Sains Sosial dan Pengurusan berbanding ke-71 pada tahun lalu sementara Kesenian dan Kemanusiaan dari tangga ke-85 kepada ke-65.

Keputusan ranking ini mencerminkan pengiktirafan antarabangsa akan kualiti fakulti serta siswazah UM.

Naib Canselor UM, Datuk Dr Abdul Rahim Hashim berkata,  pencapaian itu adalah hasil produktiviti, komitmen dan dedikasi kakitangannya, selain penyelidikan dan pengajaran yang cemerlang. – MalaysiaGazette