Simon, arnab gergasi. foto Agensi

WASHINGTON – Pemilik arnab gergasi yang mati dalam penerbangan United Airlines April lalu telah memfailkan tuntutan mahkamah terhadap syarikat penerbangan itu dengan mendakwa syarikat tersebut telah membakar mayat haiwan untuk memusnahkan bukti.

Tuntutan itu berlaku selepas pemilik arnab gergasi itu yang diberi nama Simon, menuntut siasatan bebas terhadap kematian haiwan peliharaannya semasa sidang akhbar pada bulan Mei lalu.

Arnab gergasi itu mati ketika dalam penerbangan dari London.

Simon, yang dijangka melepasi saiz bakanya untuk menjadi arnab terbesar di dunia, didapati mati pada 20 April ketika penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare di Chicago.

Bangkai arnab itu dibakar.

Doktor haiwan yang memeriksa arnab sebelum penerbangan ke Amerika Syarikat memutuskan Simon berada dalam baik dan dibenarkan dalam penerbangan, menurut tuntutan yang dibuat.

Peguam yang mewakili pemilik arnab mendakwa kes itu menunjukkan United Airlines mempunyai masalah untuk menerbangkan haiwan.

Sepanjang lima tahun yang lalu, kematian haiwan di bawah penjagaan United Airlines telah membentuk satu pertiga daripada kematian haiwan yang berkaitan dengan penerbangan, mengikut tuntutan mahkamah.

Saman itu menyebut data Jabatan Pengangkutan Awam yang menunjukkan United mempunyai kematian paling banyak pada tahun 2016.

“Fakta menunjukkan corak penerbangan haiwan kesayangan yang salah oleh United Airlines dan penutupan kes oleh United mengenai kematian Simon,” kata Guy Cook, seorang peguam Des Moines yang mewakili kumpulan pemiliknya.

Simon dibeli pada bulan April bagi pihak Mark Oman, Steve Bruere dan Duke Reichardt, tiga ahli perniagaan Iowa yang berharap dapat mempamerkan arnab di Iowa State Fair dan mengumpulkan wang untuk Blue Ribbon Foundation.

Tuntutan yang dibuat oleh pemilik-pemilik Simon bertujuan untuk menampung kos membeli dan mengangkut arnab dari England, serta ganti rugi punitif untuk menghukum syarikat penerbangan itu. – MalaysiaGazette