Roger Saw Gee Shyang (kiri) dan Dr. Ewe Hong Tat, menandatangani MoU ini.

KAMPAR – INO Nature Sdn Bhd, sebuah syarikat pembekal baja dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) memeteai Memorandum Persafahaman (MoU) bagi memulakan projek penyelidikan baharu untuk mengenal pasti mikrob yang berkesan dalam rangkaian baja komprehensif INO Nature.

Pada masa yang sama, pelanjutan kerjasama ini juga untuk mempromosikan amalan pertanian mampan dan mesra alam di Malaysia dengan menawarkan baja semi-organik sebagai alternatif kepada petani berbanding baja kimia.

Memorandum Persefahaman (MoU) antara INO Nature dan UTAR ini untuk mengkaji potensi penggunaan bakteria dalam meningkatkan imunisasi dan sistem ketahanan stres tanaman, sambil mengekalkan keseimbangan ekologi dalam tanah.

Dalam fasa pertama kerjasama, tumpuan utama diberikan kepada mempromosikan pertumbuhan pokok kelapa sawit dan melindunginya daripada bagworms dan penyakit Ganoderma dengan berkesan. Fasa penyelidikan yang akan datang dijangka memberikan pemahaman yang lebih mendalam dan bukti data saintifik kepada saintis dan penyelidik.

Pengasas dan Pengarah Urusan INO Nature, Roger Saw Gee Shyang dan Presiden UTAR, Ir. Professor Datuk Dr. Ewe Hong Tat, menandatangani MoU ini.

INO Nature dan UTAR mempunyai hubungan kerjasama yang rapat sejak menandatangani MoU selama lima tahun pada 2017.

Hasil daripada kerjasama tersebut amat memberangsangkan, di mana UTAR telah menerbitkan Malaysian Journal of Microbiology, sebuah jurnal penyelidikan berkaitan penemuan-penemuan daripada hasil penyelidikan yang berjaya.

Melalui kerjasama ini, bakteria penggalak pertumbuhan tanaman telah berjaya dikenal pasti melalui pemisahan daripada baja Bio Semi-organik.

Penemuan ini telah memberikan pemahaman yang mendalam mengenai potensi bakteria dalam baja palet dan foliar untuk meningkatkan pertumbuhan tanaman.

Pengenalpastian penggalak pertumbuhan ini telah menyokong saintis dan pengeluar agrokimia dalam mengenal pasti mikrob utama, yang akhirnya menyumbang kepada pembangunan baja Bio Semi-organik yang lebih baik sebagai alternatif yang boleh dipercayai daripada baja kimia.

Kerjasama antara INO Nature dan UTAR sebelum ini telah menyumbang kepada kemajuan yang ketara kepada pembangunan sektor pertanian dan melibatkan pelaburan lebih
RM400,000. – MalaysiaGazette