Sebahagian ahli NGO yang hadir bagi membuat laporan polis terhadap Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) berhubung tulisan Jawi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 25 DISEMBER 2019

JIKA mahu menguasai bahasa kebangsaan, murid-murid Cina dan India perlu belajar di sekolah kebangsaan.

Ini kerana persekitaran sekolah kebangsaan banyak membantu mereka untuk menguasai bahasa kebangsaan.

Saya pernah mempunyai pengalaman bergaul dan berkawan dengan kawan-kawan Cina dan India semasa di sekolah rendah.Ketika di darjah tiga, selain Cina dan India, saya juga ada kawan beragama Sikh.

Mereka semua fasih berbahasa kebangsaan, kerana mereka belajar dalam persekitaran sekolah kebangsaan, dan kami murid-murid Melayu adalah sebahagian daripada persekitaran yang membantu.

Oleh itu, cadangan untuk memperkasakan bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid Cina, dengan membiarkan mereka berada dalam persekitaran sekolah vernakular, adalah cadangan songsang dan tidak jujur.

Salah satu alasan utama orang Cina dan India mempertahankan sekolah vernakular ialah penguasaan bahasa ibunda.

Sebenarnya mempelajari bahasa ibunda tidak sampai perlu kepada pengasingan sekolah. Boleh saja diwujudkan subjek bahasa ibunda masing-masing di sekolah kebangsaan.

Soal persekitaran yang membantu penguasaan bahasa ibunda tidak timbul, kerana selain bahasa ibunda ialah bahasa pertuturan harian di rumah, pemansuhan sekolah vernakular akan meningkatkan bilangan murid Cina dan India di sekolah kebangsaan, selain guru-guru.

Logik mudah ini tidak sukar untuk difahami.

Namun parti-parti politik dan pihak-pihak berkepentingan seperti Dong Zong hanya memikirkan kepentingan masing-masing dan melupakan kepentingan negara. Pendidikan ialah wahana untuk memupuk perpaduan nasional. Kepentingan negara ini sepatutnya diutamakan.

Tetapi selepas puluhan tahun merdeka, ternyata watan ini belum benar-benar merdeka kehendak dan aspirasi nasional sering diketepikan.

Ini kerana pemimpin politik kita sebenarnya terpaksa tunduk pada kehendak kaum Cina, kerana kuasa wang menentukan hampir semua pendirian pemimpin politik negara kita.

Kita perlukan pemimpin politik yang bermaruah dan berprinsip, bukan seperti lalang menurut kehendak kapitalis.

Pemimpin MCA dan DAP memainkan kad ugutan berkaitan isu vernakular ini, manakala pemimpin Melayu pula asyik mahu memenangi hati kaum Cina dan India.

Pemimpin Melayu dipermainkan, sejak dulu, kini dan selamanya, kecuali jika kita menggunakan kuasa undi untuk menyekat perkara ini daripada berterusan.

Menebus kemerdekaan watan ini tidak mudah, begitulah melepaskan tengkuk ahli politik Melayu daripada cengkaman kapitalis ultrakiasu.

Jika tidak sanggup menanggung risiko perjuangan, mengurung diri di rumah lebih baik daripada memikul tugas sebagai pemimpin politik.

Mohd Hazizi Ab Rahman
Naib Presiden BERJASA

3 Komen

  1. Bgus kata2 ini..wahai bngsa melayu, ahli2 politik mlyu, ahli2 bijak pandai mlyu, ahli2 perniagaan mlyu, kuat kn saf kamu demi bngsa, agama n ngra, ini satu2 nya tanah tumpah darah kita, tiada lg selain tanah malyu, jga lh demi bngsa ,agama dan ngra utk generasi masa hadapan…kuatkn smgat kita, tetapkn pendirian kita demi ngra kita..ribut taufan, bnjir besr, wang berjuta, jgn tunduk demi bgsa ,agama n ngra..ayuh bngkit dan bgunkn ngra, bngsa n agama kita demi anak cucu kita..tegas dlm smua hal tuntutan drpd bgsa lain demi bngsa kita..jgn mudah alfa dgn pkhianat n penipu..demi bngsa, agama n ngra kita, sama2 kita tegaskn ..ini tanah kita, tumpah darah kita, apa yg dtg pasti kita akn pertahankn tanah air kita…bngsa banga ku, ahli2 politik ku..kita sudah tertinggal jauh kebelakang, bgun kn bgsa mu jgn smpai roboh di tanh air sendiri..sudah smpai masa kita fikir masa dpn ngra , bngsa n agma kita..

Comments are closed.