Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi Awang.

KUALA LUMPUR – Pas tidak menolak kemungkinan wujud campur tangan asing berhubung penyebaran video intim yang dikaitkan seorang menteri kanan dengan bekas Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Industri Utama, Haziq Abdul Aziz.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tidak mahu campur tangan hal berkenaan, tetapi menggeza polis menyiasat secara menyeluruh memandangkan mutakhir ini wujud fahaman yang mengajar budaya politik kotor.

“Kita tidak menolak kemungkinan campur tangan asing itu. Sebab itu, Pas mahu polis dan pihak berkuasa lain menyiasat kes itu secara menyeluruh,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas ke-59 di Pusat Konvensyen Bukit Gambang Resort City dekat Kuantan, hari ini.

Selasa lalu, rakyat negara ini digemparkan dengan penularan rakaman video melibatkan dua lelaki sedang melakukan hubungan sejenis

Bagaimanapun, keesokan hari Haziq tampil membuat pengakuan bersumpah bahawa lelaki itu adalah dirinya, manakala pasangannya adalah seorang menteri kanan.

Perbuatan jiik itu dilakukan mereka di sebuah hotel di Sabah ketika berkempen bagi calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan Mei lalu.

Menurut Abdul Hadi, pihaknya merasakan masih terlalu awal untuk mana-mana pihak termasuk Pas menjatuhkan hukuman ke atas pelaku dalam rakaman video berkenaan tanpa ada keputusan dalam penyiasatan. – MalaysiaGazette