Vincent Tan
Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan mencadangkan penubuhan dana untuk membeli tanah Kuil Sri Maha Mariamman di USJ.

Katanya, ia adalah cara terbaik untuk memastikan kuil itu kekal di sana.

“Orang ramai boleh membeli tanah, membayar pemaju dan kuil itu kekal

“Sukar untuk mengharapkan Kerajaan Negeri Selangor membeli tanah itu,” katanya seperti yang dilaporkan The Star.

Vincent akan memberi sumbangan pendahuluan sebanyak RM500,000 untuk memulakan dana itu.

Selain Vincent, Tan Sri Barry Goh yang sebelum ini menerajui MCT Berhad sehingga ia diambil alih oleh Ayala Land dari Filipina turut akan menyumbang sebanyak RM500,000.

Goh juga telah menjanjikan jumlah yang sama sebanyak RM500,000.

“Kami yakin bahawa lebih ramai rakyat Malaysia bersedia menderma bagi mengekalkan kuil tersebut.

“Rakyat Malaysia sememangnya menghormati semua tempat ibadat,” kata Tan.

Menurut Tan, rakyat Malaysia percaya kebebasan beragama dan mempunyai sikap toleransi antara satu sama lain. – MalaysiaGazette