Donald Trump. foto Reuters

WASHINGTON- Pentadbiran Donald Trump sedang membuat persiapan untuk mengeluarkan satu arahan eksekutif yang bakal menghalang syarikat telekomunikasi milik negara China daripada beroperasi di Amerika Syarikat disebabkan oleh isu keselamatan negara, kata sumber yang rapat dengan perkara tersebut.

Arahan yang masih belum dibentangkan kepada presiden itu tidak akan menyebut nama-nama seperti Huawei Technologies atau ZTE Corp secara jelas dan juga tidak akan menghalang hak penjualan firma-firma berkenaan di Amerika Syarikat.

Tetapi ia mungkin memberi kuasa yang lebih besar kepada Jabatan Perdagangan AS untuk menilai semula produk-produk dan penjualan-penjualan yang dibuat oleh syarikat-syarikat yang mempunyai kaitan dengan negara “musuh” termasuk China.

Huawei sedang berusaha keras untuk merampas kedudukan dalam 5G di peringkat global tetapi ramai pegawai-pegawai Amerika mengesyaki produk-produk keluaran syarikat tersebut boleh digunakan oleh Beijing untuk mengintip kerajaan dan syarikat barat.

Huawei dan ZTE telah dijadikan sasaran AS dengan mendakwa kedua-dua syarikat berkenaan terlibat dalam menggagalkan sekatan AS terhadap Iran.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei telah menafikan syarikat tersebut dikawal oleh kerajaan China atau terlibat dalam pengintipan.- Malaysiagazette