Brandon Williams.

LONDON – Bek kiri, Brandon Williams mengikat kontrak baharu selama empat tahun untuk kekal bersama United sehingga 2024 dengan pilihan melanjutkan pada tahun berikutnya.

Menurut laporan, Williams, 19, bakal menerima gaji baharu bernilai £65,000 seminggu berbanding £40,000 seminggu sebelum ini.

“Saya banyak belajar sepanjang musim ini dari pengurus (Solskjaer), staf kejurulatihan dan rakan sepasukan dan saya ingin membalas kepercayaan yang mereka semua tunjukkan pada saya.”
“Saya tahu bahawa setiap orang di kelab bekerja keras setiap hari untuk mencapai kejayaan pada tahun-tahun mendatang dan saya sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada itu,” katanya di laman web kelab itu selepas menandatangani kontrak baharu.
Bintang muda itu telah menunjukan aksi yang hebat di luar jangkaan sehingga membuatkan pengurus United Ole Gunnar Solskjaer membawa pemain itu ke pasukan senior United.

Tetapi dengan keupayaan pemain tersebut untuk memanfaatkan peluang yang diperoleh dengan baik membuatkan pemain itu berjaya muncul dalam 25 perlawanan di semua pertandingan dan menjaringkan gol pertamanya di peringkat senior untuk United. – MalaysiaGazette