Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 46 pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan rasuah, hari ini menarik balik permohonannya untuk mendapatkan pasport yang disimpan oleh Mahkamah Sesyen bagi membolehkannya menunaikan ibadah umrah, di Makkah pada 17 Jan.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor pada Khamis ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, ia telah mendapat izin untuk mendakwa Presiden UMNO itu dalam kes rasuah melibatkan Sistem Visa Luar Negara (VLN).

“Ahmad Zahid bakal menghadapi beberapa pertuduhan di kedua-dua mahkamah tersebut mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009 dan 165 Kanun Keseksaan, sebut institusi anti rasuah itu,” katanya dalam kenyataan.

Suruhanjaya itu juga telah menahan Ahli Parlimen BN Bagan Datok itu pada jam 10 pagi semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas beliau hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes rasuah melibatkan Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Beliau kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Semalam Ahmad Zahid hadir ke SPRM menaiki MPV hitam Vellfire pada jam 9.30 pagi untuk dirakam keterangan dalam kes tersebut sebelum meninggalkannya kira-kira dua jam kemudian. – MalaysiaGazette