Itamar Ben-Gvir bergambar dengan penduduk awam Israel yang dibekalkan senjata.

KUALA LUMPUR – Rejim zionis membekalkan senjata kepada penduduk awam Israel dalam perkembangan terbaru pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir  telah memulakan program pemberian senjata secara besar-besaran kepada penduduk awam Israel dan setakat ini 24,000 telah menerima senjata buatan negara itu.

“Barisan Awam – hari ini kami bersenjata dengan skuad siap sedia senjata panjang di Bnei Brak dan Acre.

“Pada minggu lepas, Kementerian Keselamatan Negara dan Polis Israel mempersenjatai ratusan unit siap sedia baharu di seluruh negara dan mengedarkan ribuan senjata buatan Biru dan Putih (bendera Israel) ke seluruh negara,” katanya di platfom X hari ini.

Ben-Gvir berkata, pihaknya akan mengedarkan beribu-ribu lagi senjata dalam berapa minggu akan datang.

Beliau menggesa supaya rakyat Israel membuat permohonan untuk mendapatkan senjata berkenaan.

Kabinet Isreal meluluskan konsesi utama mengenai pelesenan senjata api untuk rakyat semalam.

Kerajaan zionis tersebut membenarkan ratusan ribu rakyat Israel mempersiapkan diri mereka dengan senjata kerana percaya bahawa senjata menyelamatkan nyawa mereka.

“Senjata menyelamatkan nyawa! Kami melihatnya dalam perang. Di mana sahaja terdapat senjata, dimensi bencana adalah lebih kecil dan ini adalah bagaimana ia harus berterusan – untuk membolehkan rakyat mempertahankan diri, menubuhkan lebih banyak kelas siap sedia, untuk mempersenjatai diri mereka.

“Kami membeli lebih banyak senjata dan memindahkannya ke lapangan melalui polis ke bilik kecemasan. Kami akan terus berwaspada dan mengambil kira semua senario yang mungkin,” katanya.- MalaysiaGazette