Pengunjung tidak melepaskan peluang membawa ahli keluarga masing-masing bersiar-siar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena cuti perayaan Aidilfitri di Zoo Negara, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 24 APRIL 2023.

KUALA LUMPUR – Ketika umat Islam sibuk berhari raya di kampung halaman, Kuala Lumpur tidak sunyi sepenuhnya kerana masih ada warga kota yang berhari raya di sini.

Keadaan bertambah meriah dengan kehadiran pelancong dalam dan luar negara yang mengambil peluang meluangkan masa bersama keluarga di tempat-tempat tarikan pelancongan di ibu negara.

Zoo Negara, antara destinasi tarikan utama orang ramai meskipun pada hari ketiga perayaan Aidilfitri dek kerana keunikan beberapa hidupan liar khususnya harimau putih dan beruang panda.

Bagi seorang pengunjung, Hayaton Nufus Ali Yusuf, 27, mengakui beruang panda menarik minatnya untuk mengunjungi Zoo Negara di samping meluangkan masa cuti bersama rakannya.

Pegunjung, Hayatonnufus Ali Yusuf bercakap kepada media semasa hadir bagi tidak melepaskan peluang membawa ahli keluarga masing-masing bersiar-siar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena cuti perayaan Aidilfitri di Zoo Negara, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 24 APRIL 2023.

“Saya datang ke sini sebab viral panda, memang nak jumpa panda pun, nak tengok panda, lagi satu sudah lama tak pergi kat Zoo Negara, setahun sekali bolehlah pergi sini.

“Persembahan orang hutan dan anjing laut pun menarik, daripada pergi pasar raya, baik datang sini, boleh tengok haiwan-haiwan dan kita boleh tahu apa ada dekat Zoo Negara,” katanya kepada MalaysiaGazette, di sini, hari ini.

Gelagat seekor panda tidur ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena cuti perayaan Aidilfitri di Zoo Negara, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 24 APRIL 2023.

Sementara itu, bagi Hazeri Abd Rahman, 47, dia bersama keluarga mengambil kesempatan ke Zoo Negara selepas balik beraya di rumah mentuanya di ibu negara.

“Kita ambil kesempatan cuti-cuti ini datang Zoo Negara, saja bawa anak-anak tengok Zoo, sebenarnya saya memang berjanji dengan anak pun bila balik KL bila nak pergi Zoo.

Pegunjung, Hazeri Abd Rahman bercakap kepada media semasa hadir bagi tidak melepaskan peluang membawa ahli keluarga masing-masing bersiar-siar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena cuti perayaan Aidilfitri di Zoo Negara, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 24 APRIL 2023.

“Ini kali kedua, setakat ini banyak (haiwan) nampak lebih teratur, jadi kita jalan satu hala boleh tengok seluruh kawasan ini,” katanya.

Menurut Fatin Najiha Alidin, 28, dia memanfaatkan cuti tambahan Aidilfitri untuk meluangkan masa bersama keluarga di tempat tarikan pelancong itu.

“Tahun ini raya di Seremban, jadi baru balik (Kuala Lumpur) ada baki sehari lagi cuti, jadi datang bawa keluarga ke Zoo Negara.

Pegunjung, Fatin Najiha Alidin bercakap kepada media semasa hadir bagi tidak melepaskan peluang membawa ahli keluarga masing-masing bersiar-siar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena cuti perayaan Aidilfitri di Zoo Negara, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 24 APRIL 2023.

“Paling menarik bagi saya ialah harimau putih, sebab unik, jarang nampak harimau putih dekat Malaysia selalu nampak Harimau Malaya saja.

“Kalau tak ada aktiviti lepas raya, bolehlah datang ke Zoo Negara luang masa dengan keluarga, terutama yang ada budak-budak datang sini, best juga, menarik,” katanya.

Gelagat seekor harimau tidur ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena cuti perayaan Aidilfitri di Zoo Negara, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 24 APRIL 2023.

– MalaysiaGazette