KUALA LUMPUR – Kartunis Zunar mendakwa pegawai dari Jabatan Penjara Malaysia sudah berada di Istana Kehakiman, hari ini.

“Sementara itu, pegawai penjara kelihatan di luar mahkamah!,” katanya di Twitter, hari ini.

Bagaimanapun, entri Twitter berkenaan tidak lama apabila dia bertindak memadamkannya.

Mahkamah Persekutuan hari ini diteruskan dengan keputusan rayuan akhir untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Ia dimulakan dengan Peguam bela Datuk Seri Najib, Hisyam Teh Poh Teik, dengan memberitahu mahkamah bahawa pihaknya sudah memfailkan permohonan agar Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, menarik diri daripada mempengerusikan panel hakim yang mendengar kes bekas perdana menteri itu. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.